Manja Malinja

Assalamualaikum rakan-rakan pengunjung Teratak Manja Malinja. Bersua lagi kita di entri baru yang akan bercerita kisah sehari dalam hidup saya. Mohon ampun dan maaf andai lama sudah saya tidak bersuara kerana jari jemari ini tidak mampu menari seiring dengan minda dan jiwa.

Alhamdulillah, semalam saya berpeluang mengikuti satu persidangan penting yang melibatkan insan-insan perggerak bidang berkenaan dari seluruh Malaysia. Saya tidak akan menyentuh persidangan apa, di mana atau bidang apa apatah lagi penganjurnya siapa tetapi cukuplah kita mengambil iktibar atas apa-apa yang berlaku.


Kisah 1: Sesat

Saya bersama rakan sebenarnya telah sampai di sekitar kawasan berkenaan kira-kira setengah jam awal. Namun begitu, kekurangan papan tanda penunjuk arah menyebabkan kami berpusing-pusing dan membuang masa di tengah jalan yang hanya sekitar satu hingga dua kilometer radius...

Penunjuk arah mungkin hanya perkara kecil (beberapa helai kertas bercetak yang diletak sepanjang jalan ke tempat tujuan) namun boleh memudahkan pengunjung atau tetamu.

Pengajaran pentingnya, apa-apa jua perkara yang berlaku...sandarkan hanya pada Allah selepas kita berikhtiar. Mungkin jua kita ditakdirkan terlambat untuk mengelak musibah atau Allah ingin perlihatkan kita sesuatu yang perlu dilihat.

Gambar hiasan. Sumber Pakcik Google


Kisah 2: Kualiti vs Kebersihan

Pembentangan kertas kerja berlangsung dari pagi sehingga ke petang. Sebelah malamnya diadakan makan malam untuk meraikan peserta yang hadir di salah sebuah hotel yang berbintang bintang...

Saya pasti pengajur telah cuba menjadi hos terbaik dan kami meletakkan ekpektasi yang tinggi kepada majlis berkenaan. Namun Allah jua menunjukkan sesuatu yang memberi ibrah bermakna buat saya iaitu... apa sahaja yang manusia cuba jadikan sempurna tetap sahaja ada kekurangan dan sandarkanlah kepada Allah apa sahaja yang kita lakukan.

Terdapat peralatan makanan di meja kami yang tidak dicuci dengan sempurna dan terdapat sisa makanan yang terlekat di peralatan berkenaan. Dengan reputasi hotel berkenaan, kebersihan sudah pastinya perkara asas yang penting dalam arena hospitaliti dan perhotelan.

Terdetik di hati saya bahawa setiap modal insan di organisasi sangat penting dalam memastikan perjalanan operasi lancar pada tahap terbaik. Kepincangan seorang pekerja sahaja sudah cukup memeningkan pengurusan untuk memacu operasi organisasi dengan efisyen.

Gambar Hiasan. Kredit Pakcik Google.

Kisah 3: Karenah Pengguna Lebuhraya

Alhamdulillah sekali lagi kerana saya ketika kisah ini terjadi telahpun memandu kereta menuju rumah keluarga yang dirindu...

Terima kasih kepada salah seorang pengguna lebuh raya yang telah bersungguh-sungguh menegur saya yang terlupa membuka lampu kereta dan menutup lampu dalam kereta setelah memulakan perjalanan selepas mengisi minyak... penat sangat agaknya sehingga lampu kereta yang sepatutnya dibuka lupa nak buka dan lampu yang sepatutnya ditutup dibiarkan menerangi ruang dalam kereta.

Terima kasih juga buat pemandu kenderaan berat dan pemandu bas yang memandu dengan berhemah pada malam itu.

Tidak kurangnya saya mendoakan kesedaran dan hidayah buat pemandu yang bermain-main lampu dengan saya kerana saya memandu dengan kelajuan sepatutnya yang tidak dapat memberi laluan buat anda yang bernafsu ala-ala pemadu F1 dan pemandu bas yang memandu laju serta memacung jalan di lorong tengah ala-ala perlumbaan F1. Terasa bahayanya di lebuhraya ini walaupun kami membayar tol mengikut jarak perjalanan.

Sekali lagi Allah jua menjadi sandaran buat kita dan melindungi kita walaupun saya sedar pada malam tadi saya dikelilingi bahaya di ketiga-tiga lorong lebuhraya.

Gambar Hiasan. Sumber Pakcik Google.

Wallahu a'lam


Manja Malinja
Tanjong Malim


Manja Malinja
Assalamualaikum rakan-rakan pembaca,

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke teratak aku. Entri kali ini aku nak kongsi cerita makan tengah hari semalam.

Sejak akhir-akhir ini memang popular khidmat penghantaran makan tengah hari atau makan malam selain daripada penghantaran makanan segera. Manusia semakin malas kah atau rutin harian semakin sibuk?

Gambar Hiasan : Khidmat penghataran makanan di India yang mengamalkan konsep mangkuk tingkat/sia (bahasa Kedah).

Pada pendapat peribadi aku, peningkatan kos hidup menyebabkan individu semakin malas bergerak apatah lagi dengan kenderaan bermotor yang memerlukan minyak. Kadangkala lauk di kedai pilihan telah habis menyebabkan makan tengah hari suatu rutin hidup yang mengecewakan. Sama juga situasi di kafeteria jabatan, adakalanya lauk yang disediakan tidak memenuhi selera atau tidak mampu menampung permintaan pekerja.

Perkhidmatan penghantaran makan tengah hari merupakan pilihan terbaik dengan pakej berpatutan dan kesegaran lauk yang dijamin penyedia perkhidmatan.

Gambar Hiasan : Menu lunchbox yang ditawarkan pada masa kini.

Catatan kali ini aku ingin merakamkan jutaan tahniah buat perkhidmatan luncbox di kawasan aku. Pakej makan yang menarik dengan harga berpatutan menyebabkan aku tetarik memilih perkhidmatan mereka.

Peristiwa kelmarin membuatkan aku terpanggil untuk berkongsi. Pembekal makanan ini menyediakan kumpulan Whatsapp yang membolehkan pembekal memuatnaik menu manakala pelanggan boleh sahaja membuat pesanan di kumpulan tersebut termasuk membuat teguran atau komen. Namun begitu, kejadian semalam iaitu penghantar lupa menghantar lauk memberikan aku pilihan... menegur secara terbuka dalam kumpulan Whatsapp atau menghantar pesanan secara tertutp kepada pembekal.

Aku memilih untuk menghantar pesanan peribadi kepada pembekal... Kenapa?

Aku menyokong sepenuhnya inisiatif pembekal menawarkan perkhidmatan sebegini. Namun begitu, kesilapan kecil ini sewajarnya diberitahun terus kepada pembekal dan bukannya dicanang seantero Malaya akan kesilapan ini. Bukankah kita juga sering diberi ihsan oleh Allah untuk bertaubat dan diberi peluang kedua oleh keluarga, majikan dan masyarakat jika melakukan kesilapan?

Syarikat gergasi automotif Jepun, Jerman dan Korea berjaya bukan kerana tidak melakukan kesilapan tetapi sokongan padu masyarakat dan teguran positif kepada syarikat yang menaikkan mereka. Apa jadi kepada syarikat automotif tempatan kita? Aku percaya kita boleh mulakan sokongan bermula dari diri kita sendiri... perjalanan ribuan batu bermula dari langkah pertama. Andai kita tidak pernah silap, tidak mendapat sokongan keluarga, kita tidak mampu melangkah dan berjalan.


Manja Malinja


Manja Malinja
Assalamualaikum, rakan-rakan pembaca!

Lama tidak bersua... Alhamdulillah, aku telah kembali bekerja selepas cuti bersalin 90 hari... Ya, aku telah dikurniakan Allah seorang lagi puteri yang bernama Nur Ainuha. Inshaa Allah, aku akan story panjang lebar tentang puteri aku ni...

Setahun tiga bulan...tempoh singkat buat aku namun Allah permudahkan urusanku...

Gambar Hiasan: Keindahan bunga kertas di Putrajaya, cantik dan ceria serta menggembirakan walaupun tiada bau dan berduri.

Hari-hari aku berulang memang memenatkan lagi menyakitkan badan dan ekonomi peribadi seperti menikmati kegembiraan bunga kertas di atas. Sakit kerana duri cabaran, menanggung cabaran sendiri yang tidak didendang ibarat tidak berbaunya bunga kertas tetapi indah kerana tidak terkiranya pengalaman yang diperoleh ibarat bunga kertas yang banyak dan ceria.

Bunga kertas ini lasak kerana bunganya lebat ketika keadaan sekitar mencabar. Kepelbagaian jenis dan warna menggambarkan kepelbagaian ragam kehidupan hidup di dunia ini.

Demikian coretan ringkas diriku kali ini. Semoga kita bersama-sama menyerlah walau diasak keadaan mencabar seperti bunga kertas ini.


Manja Malinja
Behrang Ulu



Manja Malinja
Assalamualaikum, semua pembaca.

Rasanya sudah lebih setahun rumah ini tidak ku jejak. Telah bersawang rasanya rumah ini... entri lalu daku bercerita tentang perpindahan ke tempat kerja baru. Alhamdulillah, telah setahun aku menempuh perjalanan Tg Malim - KL - Tg Malim sejauh 85km sehala, 170km pergi-balik.

Dalam tempoh setahun ini pelbagai ragam dan pengalaman yang aku tempuh untuk meneruskan kehidupan di Malaysia yang serba mencabar dan semakin "mahal".

Setakat ini dahulu sapaan khabar dari aku. Insya Allah, aku akan mencoret entri yang bersesuaian untuk berkongsi pengalaman setahun ini... Selamat bercuti semua...

Kredit to http://www.faizalfredley.com hasil carian Mr Google
Manja Malinja

Assalamualaikum dan salam sejahtera, rakan-rakan pembaca.

Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana aku masih diberi peluang untuk mengetik kekunci laptop ini dan mencoret. Sibuk benar semalam sehingga tidak berpeluang menulis entri.

Inilah gambar kad seminar yang aku hadir semalam. Perkongsian yang menarik dari kedua-dua Profesor ni.

Setelah mendengar keseluruhan sesi seminar, banyak juga persamaan antara sistem perkhidmatan awam negara Jepun dan Malaysia. Birokrasi tetap ada di mana-mana (dengan cara tersendiri) walaupun setiap negara mengimpikan suatu pemerintahan dan pentadbiran yang adil dan saksama dengan hanya mengambilkira kompetensi individu.

Gambar hiasan...memakai kostum kimono semasa honeymoon di Bukit Tinggi, Pahang
Kemudian petangnya pula aku meneruskan pembacaan pelbagai genre majalah sehinggalah surat khabar...rutin biasa pegawai tanpa penempatan...membawa diri seolah diri diabaikan...dari aspek positif, nikmati masa-masa senggang sebelum tiba masa sibuk bagai tak cukup 24 jam sehari, bagai tak cukup tanah berlari.

Dah selesai touch out kehadiran, aku pun meneruskan perjalanan balik ke Tanjung Malim. Aku mengambil keputusan untuk solat Asar di RnR Rawang disebabkan perjalanan pulang kali ini akan melangkaui waktu Maghrib.

Gambar RnR Rawang...kredit to http://www.panoramio.com/ 
Di sini aku solat Asar di surau. Ramai orang...sesak gak la...oh ya, lupa pula minggu ni dah mula cuti sekolah. Buat adik-adik yang berkenaan, sila manfaatkan cuti anda sebaiknya...jangan asyik tengok tv, layan media sosial atau main game aja... Sila pertingkatkan diri anda dengan ilmu-ilmu baru seperti bacaan Al-Quran, kemahiran bahasa atau tolong ibu bapa adik-adik ya... :)

Buat adik-adik yang baru masuk baru di universiti khususnya buat Boy....selamat berjuang di medan ilmu... semoga ilmu yang dituntut kelak dapat membantu anda di masa hadapan.

Sambung balik cerita RnR... aku melihat masyarakat Malaysia yang selalu digambarkan kurang adab dan gelojoh sebenarnya takdela macam tu pun. Masa ambil wudhu misalnya aku lihat semua boleh beratur dan tunggu giliran masing-masing. Sangat positif... semoga keadaan ini dapat diperluaskan khususnya buat warga Malaysia yang beragama Islam.

Aku kemudiannya ke medan selera untuk membeli lauk makan malam nasi pula aku tak beli. Mr Hubby cakap nasi banyak lagi. 

Perjalanan diteruskan ke Tanjong Malim. Dalam perjalanan di Pekan Tanjong Malim ni aku singgah kedai untuk beli roti kegemaran Amaliya. Masa ni pulak aku perhatikan semakin banyak produk Muslim yang berinovatif. Insya Allah, lepas ni aku nak cuba pula produk-produk ini.

Salah satu produk yang dijual...kelihatan menarik untuk dicuba.

Yang ni alternatif minuman koko...lazat dan menyegarkan
Ha ha ha... bukan nak iklan untuk dijual. Cuma paparan beberapa produk Muslim yang boleh dicuba. yang lain-lain ada produk sejuk beku... 

Akhirnya destinasi akhir hari ini...

Mercu tanda Proton City...

Taman Tamarinda... menarik dan best...ni masa aerobik beramai-ramai hari tu...
Berakhirla perjalanan hari ini...

Manja Malinja
Tanjung Malim, Perak
Manja Malinja
Assalamualaikum, semua...

Hari ini genap tiga (3) hari aku masih "bertapa" di perpustakaan. Mungkin pada sesetengah orang keadaan ini amat membosankan tetapi bagi aku pengalaman ini amat menyeronokkan apatah lagi permulaan aku di jabatan baru ini bermula di "gedung ilmu".

Kredit to web INTAN...inilah gedung ilmu tempat aku memulakan hari di sini sebelum dapat penempatan.

Tajuk hari ini Hujan...Hujan... ada kait mengait dengan Noh Hujan ke?

Langsung tidak, ye... Tajuk ini aku pilih untuk menceritakan sesuatu mengenai semalam. Rutin aku dalam seminggu ni selepas touch out kehadiran, aku kembali ke asrama transit untuk berehat dan solat sebelum pulang. Ya, orang baru akan dapat kemudahan asrama selama dua (2) minggu sebelum dapat rumah sewa katanya...Ahamdulillah.

Dalam beberapa minit, hujan pun turun dengan lebatnya. Dengan keazaman untuk melihat anak dan suami tercinta, aku meredah hujan untuk pulang ke Tanjung Malim sejauh 86 km. Namun, sedia kita maklum kesesakan jalan sehingga ke Sg Buloh membuatkan aku tiba di rumah hampir jam 8 malam.
Gambar hiasan...tercepat sejam tu... sebenarnya dekat-dekat jam 8 malam tau...
Dalam perjalanan ini sebenarnya aku melihat manusia dari perspektif aku...

1. Jenis selfish...cilok merata, tak mahu beratur...geram pun ada...semoga Allah beri hidayah kepada mereka untuk berkelakuan lebih baik

2. Jenis yang kurang bernasib baik...kasihan melihat bro delivery pizza/makanan segera yang dengan gigih meneruskan perjalanan walau ditimpa sebaldi hujan... semoga Allah memberi kemudahan kepada dia untuk meneruskan hidup mencari rezeki yang halal.

3. Jenis yang bernasib baik sedikit... diaorang ni menaiki motorsikal untuk pergi dan balik kerja... diorang ada yang kurang kemampuan untuk menaiki kereta sama ada tak mampu nak beli atau tak mampu menampung kos bahan api dan tol... semoga Allah berikan rezeki lebih buat mereka untuk selesa sedikit dalam kehidupan...

4. Jenis biasa-biasa...kategori ini termasuk aku le... meredah jalan raya dengan redha demi rezeki yang Halal, Insya Allah... jalan lancar Alhamdulillah, jalan jem redha ajala...mungkin ada hikmah di sebalik cubaan...

Gambar hiasan...melihat daun hijau, aliran air dan bunga yang cantik merupakan terapi mata dan minda yang bagus...
Kehidupan berjalan seperti biasa tetapi cara kita hidup, cara kita melihat, cara kita mentafsir kehidupan itulah yang membezakan kita dengan insan lain. Semoga kita bersama menjadi insan yang lebih baik seiring dengan pertambahan usia kita.

Sebarkan kasih sayang,

Manja Malinja
Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Manja Malinja
Assalamualaikum, semua.

Nampak benor malas mengarang tup-tup dah farewell jabatan lama, kan,,,kan...

Tiga tahun, tiga Pengarah, dua KB... Bukan suatu tempoh yang lama bahkan sangat sekejap berbanding dengan sesetengah pegawai yang menjangkau sedekad.

Namun begitu, berapa lama tempoh bukanlah suatu alasan untuk tidak memberi sumbangan yang bermakna di sesebuah jabatan.

Gambar ni masa majlis farewell aku... makan sup bawah pokok yang fames tu tau...

Ni gambar kek farewell aku... mekaseh R&D INSTUN

One for All and All for One...tagline Musketeers yang sangat releven dengan bahagian kecil ini


Macam baru-baru aku share kepada kengkawan yang kehilangan inspirasi... Bilangan kita kecil tidak bermakna lemah. Kita adalah pasukan elit seperti Musketeers yang menjalankan tugas-tugas penting lagi mencabar. Kita perlu lebih gagah berbanding askar lain, kita perlu tangkas berbanding hulubalang lain bahkan kita perlu bertindak bijak supaya pembaziran tenaga tidak berlaku semasa kita menjalankan tugas. 



Amacam...sama dak pengertian dengan gambar atas? Pereka kena buat logo baru R&D ala-ala musketeers tu

Selamat maju jaya, kawan-kawan! Tidak kira gred apa pun anda, anda sahabat saya dunia akhirat. Semoga kita bertemu lagi, Insya Allah.


Manja Malinja
Bukit Kiara, KL