Manja Malinja

Assalamualaikum dan salam sejahtera, rakan-rakan pembaca.

Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana aku masih diberi peluang untuk mengetik kekunci laptop ini dan mencoret. Sibuk benar semalam sehingga tidak berpeluang menulis entri.

Inilah gambar kad seminar yang aku hadir semalam. Perkongsian yang menarik dari kedua-dua Profesor ni.

Setelah mendengar keseluruhan sesi seminar, banyak juga persamaan antara sistem perkhidmatan awam negara Jepun dan Malaysia. Birokrasi tetap ada di mana-mana (dengan cara tersendiri) walaupun setiap negara mengimpikan suatu pemerintahan dan pentadbiran yang adil dan saksama dengan hanya mengambilkira kompetensi individu.

Gambar hiasan...memakai kostum kimono semasa honeymoon di Bukit Tinggi, Pahang
Kemudian petangnya pula aku meneruskan pembacaan pelbagai genre majalah sehinggalah surat khabar...rutin biasa pegawai tanpa penempatan...membawa diri seolah diri diabaikan...dari aspek positif, nikmati masa-masa senggang sebelum tiba masa sibuk bagai tak cukup 24 jam sehari, bagai tak cukup tanah berlari.

Dah selesai touch out kehadiran, aku pun meneruskan perjalanan balik ke Tanjung Malim. Aku mengambil keputusan untuk solat Asar di RnR Rawang disebabkan perjalanan pulang kali ini akan melangkaui waktu Maghrib.

Gambar RnR Rawang...kredit to http://www.panoramio.com/ 
Di sini aku solat Asar di surau. Ramai orang...sesak gak la...oh ya, lupa pula minggu ni dah mula cuti sekolah. Buat adik-adik yang berkenaan, sila manfaatkan cuti anda sebaiknya...jangan asyik tengok tv, layan media sosial atau main game aja... Sila pertingkatkan diri anda dengan ilmu-ilmu baru seperti bacaan Al-Quran, kemahiran bahasa atau tolong ibu bapa adik-adik ya... :)

Buat adik-adik yang baru masuk baru di universiti khususnya buat Boy....selamat berjuang di medan ilmu... semoga ilmu yang dituntut kelak dapat membantu anda di masa hadapan.

Sambung balik cerita RnR... aku melihat masyarakat Malaysia yang selalu digambarkan kurang adab dan gelojoh sebenarnya takdela macam tu pun. Masa ambil wudhu misalnya aku lihat semua boleh beratur dan tunggu giliran masing-masing. Sangat positif... semoga keadaan ini dapat diperluaskan khususnya buat warga Malaysia yang beragama Islam.

Aku kemudiannya ke medan selera untuk membeli lauk makan malam nasi pula aku tak beli. Mr Hubby cakap nasi banyak lagi. 

Perjalanan diteruskan ke Tanjong Malim. Dalam perjalanan di Pekan Tanjong Malim ni aku singgah kedai untuk beli roti kegemaran Amaliya. Masa ni pulak aku perhatikan semakin banyak produk Muslim yang berinovatif. Insya Allah, lepas ni aku nak cuba pula produk-produk ini.

Salah satu produk yang dijual...kelihatan menarik untuk dicuba.

Yang ni alternatif minuman koko...lazat dan menyegarkan
Ha ha ha... bukan nak iklan untuk dijual. Cuma paparan beberapa produk Muslim yang boleh dicuba. yang lain-lain ada produk sejuk beku... 

Akhirnya destinasi akhir hari ini...

Mercu tanda Proton City...

Taman Tamarinda... menarik dan best...ni masa aerobik beramai-ramai hari tu...
Berakhirla perjalanan hari ini...

Manja Malinja
Tanjung Malim, Perak
0 Responses