Manja Malinja
Assalamualaikum rakan-rakan pembaca,

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke teratak aku. Entri kali ini aku nak kongsi cerita makan tengah hari semalam.

Sejak akhir-akhir ini memang popular khidmat penghantaran makan tengah hari atau makan malam selain daripada penghantaran makanan segera. Manusia semakin malas kah atau rutin harian semakin sibuk?

Gambar Hiasan : Khidmat penghataran makanan di India yang mengamalkan konsep mangkuk tingkat/sia (bahasa Kedah).

Pada pendapat peribadi aku, peningkatan kos hidup menyebabkan individu semakin malas bergerak apatah lagi dengan kenderaan bermotor yang memerlukan minyak. Kadangkala lauk di kedai pilihan telah habis menyebabkan makan tengah hari suatu rutin hidup yang mengecewakan. Sama juga situasi di kafeteria jabatan, adakalanya lauk yang disediakan tidak memenuhi selera atau tidak mampu menampung permintaan pekerja.

Perkhidmatan penghantaran makan tengah hari merupakan pilihan terbaik dengan pakej berpatutan dan kesegaran lauk yang dijamin penyedia perkhidmatan.

Gambar Hiasan : Menu lunchbox yang ditawarkan pada masa kini.

Catatan kali ini aku ingin merakamkan jutaan tahniah buat perkhidmatan luncbox di kawasan aku. Pakej makan yang menarik dengan harga berpatutan menyebabkan aku tetarik memilih perkhidmatan mereka.

Peristiwa kelmarin membuatkan aku terpanggil untuk berkongsi. Pembekal makanan ini menyediakan kumpulan Whatsapp yang membolehkan pembekal memuatnaik menu manakala pelanggan boleh sahaja membuat pesanan di kumpulan tersebut termasuk membuat teguran atau komen. Namun begitu, kejadian semalam iaitu penghantar lupa menghantar lauk memberikan aku pilihan... menegur secara terbuka dalam kumpulan Whatsapp atau menghantar pesanan secara tertutp kepada pembekal.

Aku memilih untuk menghantar pesanan peribadi kepada pembekal... Kenapa?

Aku menyokong sepenuhnya inisiatif pembekal menawarkan perkhidmatan sebegini. Namun begitu, kesilapan kecil ini sewajarnya diberitahun terus kepada pembekal dan bukannya dicanang seantero Malaya akan kesilapan ini. Bukankah kita juga sering diberi ihsan oleh Allah untuk bertaubat dan diberi peluang kedua oleh keluarga, majikan dan masyarakat jika melakukan kesilapan?

Syarikat gergasi automotif Jepun, Jerman dan Korea berjaya bukan kerana tidak melakukan kesilapan tetapi sokongan padu masyarakat dan teguran positif kepada syarikat yang menaikkan mereka. Apa jadi kepada syarikat automotif tempatan kita? Aku percaya kita boleh mulakan sokongan bermula dari diri kita sendiri... perjalanan ribuan batu bermula dari langkah pertama. Andai kita tidak pernah silap, tidak mendapat sokongan keluarga, kita tidak mampu melangkah dan berjalan.


Manja Malinja


0 Responses