Manja Malinja

Catatan kali ini sebenarnya imbas kembali kembara selepas mesyuarat SKT di Melaka tahun 2008. Gambar di atas adalah memorial kemerdekaan.

Gambar yang ini pula muzium kebudayaan Melaka. Dikatakan merupakan reka bentuk istana Sultan Melaka pada suatu ketika dahulu. Gambar di bawah ini pula merupakan tinggalan Portugis iaitu gerbang A Famosa.

Gambar di bawah ni merupakan model kereta lembu yang menjadi ikon Melaka selain daripada beca. Sayangnya masa tidak mencukupi untuk menaiki beca sebab selepas ni nak merayap ke tempat orang jual belacan + cecaluk... Bukan apa nak beli untuk famili dan staf-staf tersayang.


Last sekali gambar pokok Melaka yang mengilhamkan nama Melaka kepada negeri yang permai ini. Sebenarnya banyak lagi gambar semasa kembara kali ini namun ulasannya masih belum terfikir hingga ke saat ini.

Selamat menikmati gambar-gambar yang dipaparkan.
Label: edit post
0 Responses