Manja Malinja
Anak-anak adalah aset terpenting bagi satu-satu bangsa. Tanpa anak-anak berkualiti maka sukar hendak melakukan transformasi kepada bangsa tersebut. Sehubungan itu, adalah penting untuk seluruh ahli masyarakat memikul tanggung jawab mendidik anak tanpa menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab berkenaan kepada guru dan pihak sekolah. Jika difikirkan secara logik, masa anak-anak di sekolah hanya lebih kurang 5 hingga 6 jam sahaja berbanding baki waktu yang tinggal di luar sekolah. Justeru, bermula dari ibu dan bapa sehingga ke ahli masyarakat seharusnya memantau perlakuan anak-anak ini agar tidak menyimpang dari tatacara sahsiah sebenar. Gambar di sebelah ini adalah taman yang digubah oleh anak-anak yang masih di bangku sekolah. Adakah taman secantik ini mampu dihasilkan andai anak-anak kita tidak bijaksana... Fikir-fikirkan...
0 Responses