Manja Malinja

Assalamualaikum dan salam sejahtera, rakan-rakan pembaca.

Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana aku masih diberi peluang untuk mengetik kekunci laptop ini dan mencoret. Sibuk benar semalam sehingga tidak berpeluang menulis entri.

Inilah gambar kad seminar yang aku hadir semalam. Perkongsian yang menarik dari kedua-dua Profesor ni.

Setelah mendengar keseluruhan sesi seminar, banyak juga persamaan antara sistem perkhidmatan awam negara Jepun dan Malaysia. Birokrasi tetap ada di mana-mana (dengan cara tersendiri) walaupun setiap negara mengimpikan suatu pemerintahan dan pentadbiran yang adil dan saksama dengan hanya mengambilkira kompetensi individu.

Gambar hiasan...memakai kostum kimono semasa honeymoon di Bukit Tinggi, Pahang
Kemudian petangnya pula aku meneruskan pembacaan pelbagai genre majalah sehinggalah surat khabar...rutin biasa pegawai tanpa penempatan...membawa diri seolah diri diabaikan...dari aspek positif, nikmati masa-masa senggang sebelum tiba masa sibuk bagai tak cukup 24 jam sehari, bagai tak cukup tanah berlari.

Dah selesai touch out kehadiran, aku pun meneruskan perjalanan balik ke Tanjung Malim. Aku mengambil keputusan untuk solat Asar di RnR Rawang disebabkan perjalanan pulang kali ini akan melangkaui waktu Maghrib.

Gambar RnR Rawang...kredit to http://www.panoramio.com/ 
Di sini aku solat Asar di surau. Ramai orang...sesak gak la...oh ya, lupa pula minggu ni dah mula cuti sekolah. Buat adik-adik yang berkenaan, sila manfaatkan cuti anda sebaiknya...jangan asyik tengok tv, layan media sosial atau main game aja... Sila pertingkatkan diri anda dengan ilmu-ilmu baru seperti bacaan Al-Quran, kemahiran bahasa atau tolong ibu bapa adik-adik ya... :)

Buat adik-adik yang baru masuk baru di universiti khususnya buat Boy....selamat berjuang di medan ilmu... semoga ilmu yang dituntut kelak dapat membantu anda di masa hadapan.

Sambung balik cerita RnR... aku melihat masyarakat Malaysia yang selalu digambarkan kurang adab dan gelojoh sebenarnya takdela macam tu pun. Masa ambil wudhu misalnya aku lihat semua boleh beratur dan tunggu giliran masing-masing. Sangat positif... semoga keadaan ini dapat diperluaskan khususnya buat warga Malaysia yang beragama Islam.

Aku kemudiannya ke medan selera untuk membeli lauk makan malam nasi pula aku tak beli. Mr Hubby cakap nasi banyak lagi. 

Perjalanan diteruskan ke Tanjong Malim. Dalam perjalanan di Pekan Tanjong Malim ni aku singgah kedai untuk beli roti kegemaran Amaliya. Masa ni pulak aku perhatikan semakin banyak produk Muslim yang berinovatif. Insya Allah, lepas ni aku nak cuba pula produk-produk ini.

Salah satu produk yang dijual...kelihatan menarik untuk dicuba.

Yang ni alternatif minuman koko...lazat dan menyegarkan
Ha ha ha... bukan nak iklan untuk dijual. Cuma paparan beberapa produk Muslim yang boleh dicuba. yang lain-lain ada produk sejuk beku... 

Akhirnya destinasi akhir hari ini...

Mercu tanda Proton City...

Taman Tamarinda... menarik dan best...ni masa aerobik beramai-ramai hari tu...
Berakhirla perjalanan hari ini...

Manja Malinja
Tanjung Malim, Perak
Manja Malinja
Assalamualaikum, semua...

Hari ini genap tiga (3) hari aku masih "bertapa" di perpustakaan. Mungkin pada sesetengah orang keadaan ini amat membosankan tetapi bagi aku pengalaman ini amat menyeronokkan apatah lagi permulaan aku di jabatan baru ini bermula di "gedung ilmu".

Kredit to web INTAN...inilah gedung ilmu tempat aku memulakan hari di sini sebelum dapat penempatan.

Tajuk hari ini Hujan...Hujan... ada kait mengait dengan Noh Hujan ke?

Langsung tidak, ye... Tajuk ini aku pilih untuk menceritakan sesuatu mengenai semalam. Rutin aku dalam seminggu ni selepas touch out kehadiran, aku kembali ke asrama transit untuk berehat dan solat sebelum pulang. Ya, orang baru akan dapat kemudahan asrama selama dua (2) minggu sebelum dapat rumah sewa katanya...Ahamdulillah.

Dalam beberapa minit, hujan pun turun dengan lebatnya. Dengan keazaman untuk melihat anak dan suami tercinta, aku meredah hujan untuk pulang ke Tanjung Malim sejauh 86 km. Namun, sedia kita maklum kesesakan jalan sehingga ke Sg Buloh membuatkan aku tiba di rumah hampir jam 8 malam.
Gambar hiasan...tercepat sejam tu... sebenarnya dekat-dekat jam 8 malam tau...
Dalam perjalanan ini sebenarnya aku melihat manusia dari perspektif aku...

1. Jenis selfish...cilok merata, tak mahu beratur...geram pun ada...semoga Allah beri hidayah kepada mereka untuk berkelakuan lebih baik

2. Jenis yang kurang bernasib baik...kasihan melihat bro delivery pizza/makanan segera yang dengan gigih meneruskan perjalanan walau ditimpa sebaldi hujan... semoga Allah memberi kemudahan kepada dia untuk meneruskan hidup mencari rezeki yang halal.

3. Jenis yang bernasib baik sedikit... diaorang ni menaiki motorsikal untuk pergi dan balik kerja... diorang ada yang kurang kemampuan untuk menaiki kereta sama ada tak mampu nak beli atau tak mampu menampung kos bahan api dan tol... semoga Allah berikan rezeki lebih buat mereka untuk selesa sedikit dalam kehidupan...

4. Jenis biasa-biasa...kategori ini termasuk aku le... meredah jalan raya dengan redha demi rezeki yang Halal, Insya Allah... jalan lancar Alhamdulillah, jalan jem redha ajala...mungkin ada hikmah di sebalik cubaan...

Gambar hiasan...melihat daun hijau, aliran air dan bunga yang cantik merupakan terapi mata dan minda yang bagus...
Kehidupan berjalan seperti biasa tetapi cara kita hidup, cara kita melihat, cara kita mentafsir kehidupan itulah yang membezakan kita dengan insan lain. Semoga kita bersama menjadi insan yang lebih baik seiring dengan pertambahan usia kita.

Sebarkan kasih sayang,

Manja Malinja
Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Manja Malinja
Assalamualaikum, semua.

Nampak benor malas mengarang tup-tup dah farewell jabatan lama, kan,,,kan...

Tiga tahun, tiga Pengarah, dua KB... Bukan suatu tempoh yang lama bahkan sangat sekejap berbanding dengan sesetengah pegawai yang menjangkau sedekad.

Namun begitu, berapa lama tempoh bukanlah suatu alasan untuk tidak memberi sumbangan yang bermakna di sesebuah jabatan.

Gambar ni masa majlis farewell aku... makan sup bawah pokok yang fames tu tau...

Ni gambar kek farewell aku... mekaseh R&D INSTUN

One for All and All for One...tagline Musketeers yang sangat releven dengan bahagian kecil ini


Macam baru-baru aku share kepada kengkawan yang kehilangan inspirasi... Bilangan kita kecil tidak bermakna lemah. Kita adalah pasukan elit seperti Musketeers yang menjalankan tugas-tugas penting lagi mencabar. Kita perlu lebih gagah berbanding askar lain, kita perlu tangkas berbanding hulubalang lain bahkan kita perlu bertindak bijak supaya pembaziran tenaga tidak berlaku semasa kita menjalankan tugas. 



Amacam...sama dak pengertian dengan gambar atas? Pereka kena buat logo baru R&D ala-ala musketeers tu

Selamat maju jaya, kawan-kawan! Tidak kira gred apa pun anda, anda sahabat saya dunia akhirat. Semoga kita bertemu lagi, Insya Allah.


Manja Malinja
Bukit Kiara, KL