Assalamualaikum, semua.
Memang lama sungguh aku tidak mencoret di blog ini. Bukan apa, keadaan sekarang lebih menjadikan aku ibarat diperas semahu-mahunya sehingga bakat dan peluang saya disia-siakan. Rasa teraniaya...nasibla dapat pemimpin yang selfish dan hanya merasakan dirinya betul.
Semalam hari yang padat tetapi gembira kerana menyertai rombongan lawatan penandaarasan ke institusi lain. Terima kasih kepada institusi berkenaan kerana sudi melayani kami.
Hmmm...sedih juga melihat organisasi sendiri tidak sehebat mereka tambah lagi makin "diranapkan" oleh pihak-pihak tertentu. Mungkin dah takdir...
Tahniah juga buat teman-teman yang telah naik pangkat. Anda layak kerana anda cemerlang dan terbilang... Bekerja pula di jabatan yang thorbaikkkk. Aku? Biarlah...mungkin belum tiba masanya... Tahun ujian tahun ini... kereta accident, rumah baru masih belum diduduki, ketua jabatan yang mudah gelabah "botingkek-tingkek", status kenaikan pangkat yang macam tak pasti, kena buat projek yang mengarut-ngarut, PJJ...
Kalau nak rasa kecewa dengan hidup, aku dah lama jadi sasau atau "suicide" tapi rasanya macam bodoh pulak kalau terikut-ikut emosi. Hidup ini terlalu indah untuk disia-siakan walaupun jalanan berduri. Semua orang berhak melihat pelangi walau apa sahaja kehidupan yang ditempuh. Suatu ketika dahulu, ketika aku kecewa tak dapat masuk asrama penuh atau MRSM, Arwah abah pernah pesan, " permata walau di dalam lumpur tetap dilihat orang kerana sinar, kecantikan dan harganya".
Sejarah kecewa dalam hidup aku pun banyak... aku tak dapat jadi doktor perubatan, aku tak dapat teruskan kerjaya dalam bidang sains, hal cintan-cintun pon hado....kerja dengan orang leader yang ntah hapo-hapo... tak tertulis... malas nak kenang...
Bak kata orang, seperti kaktus yang penuh duri...tetap sahaja bunganya cantik berwarna-warni atau buahnya manis dan sedap dimakan seperti buah naga. Sepahit-pahit realiti hidup, tetap sahaja ada yang mamis dan indah. Aku bersyukur dikurnia keluarga yang hebat, arwah abah yang terbaik, mama yang terbaik, adik-adik yang best, suami yang sangat memahami dan pendokong utama hidup serta puteri yang comel dan bijak.
Sekian, coretan kali ini.
Manja Malinja

Gambar Hiasan: Gambar semasa makan di Tanjung Lumpur, Kuantan
Manja Malinja