Manja Malinja
 Gambar hiasan: kesibukan bengkel yang memberi tekanan.

Gambar hiasan: kedamaian alam sekeliling yang berharmoni dengan haiwan.

Bersua lagi kita di coretan ini. Bukannya tak sibuk minggu ini tetapi sekadar meluah pengalaman hidup yang penuh pancaroba.

Situasinya: Anda perlu melaksanakan kerja yang sangat banyak untuk cover kerja post yang kosong. Kemudian anda bersendirian mengurus anak kerana perkahwinan jarak jauh dengan kemungkinan pertukaran yang hampir mustahil. Tahap tekanan memang tinggi... Dengan permasalahan harian dan krisis kerja yang menimpa setiap hari... Tekanan...tekanan...tekanan...

Andai  aku berada dalam situasi rama-rama di gambar alangkah bahagianya.. Hidup mengikut aturan Allah s.w.t. dan singkat...

Namun, aku manusia...cabaran lebih besar kerana ganjaran Allah lebih besar. Cuma sabar yang boleh aku pegang, usaha yang boleh aku lakukan...

HIDUP INI CUMA SEKETIKA...DI SINI AKU DIUJI, DI SANA BELUM PASTI... ADAKAH YANG MENYAMBUT KENIKMATAN DAN KESENANGAN ATAU NYALAAN API DAN PENDERITAAN...

0 Responses