Manja Malinja
Aku tak faham bila orang kata tak ada kerja... dia ni buta ke, tempat aku ni bukan 18 orang tapi cuma 8 orang aja. Segala benda nak tala...dah selesai task bukannya reti terima kasih bahkan kata kerja tak bagus, tak beri komitmen penuh la... kurang kerja la... 

Bila time dia, dah book time nak present tak berani present...kadang-kadang geram sebab kerja stuck kat dia...kalau kami lambat, mula bising-bising...

Kalau setakat pandai kira tiang, kira batu jalan...aku sendiri dah mula meragui tahap kepimpinan dia... kadang-kadang soalan macam tak pernah buat homework bidang berkenaan...

Nasibla dapat orang kurang berilmu jadi pemimpin...

Gambar hiasan: kredit to Mr Google
Manja Malinja
 Gambar hiasan: kesibukan bengkel yang memberi tekanan.

Gambar hiasan: kedamaian alam sekeliling yang berharmoni dengan haiwan.

Bersua lagi kita di coretan ini. Bukannya tak sibuk minggu ini tetapi sekadar meluah pengalaman hidup yang penuh pancaroba.

Situasinya: Anda perlu melaksanakan kerja yang sangat banyak untuk cover kerja post yang kosong. Kemudian anda bersendirian mengurus anak kerana perkahwinan jarak jauh dengan kemungkinan pertukaran yang hampir mustahil. Tahap tekanan memang tinggi... Dengan permasalahan harian dan krisis kerja yang menimpa setiap hari... Tekanan...tekanan...tekanan...

Andai  aku berada dalam situasi rama-rama di gambar alangkah bahagianya.. Hidup mengikut aturan Allah s.w.t. dan singkat...

Namun, aku manusia...cabaran lebih besar kerana ganjaran Allah lebih besar. Cuma sabar yang boleh aku pegang, usaha yang boleh aku lakukan...

HIDUP INI CUMA SEKETIKA...DI SINI AKU DIUJI, DI SANA BELUM PASTI... ADAKAH YANG MENYAMBUT KENIKMATAN DAN KESENANGAN ATAU NYALAAN API DAN PENDERITAAN...