Selamat tahun baru 2012 buat semua. Semoga tahun ini menjanjikan harapan baru yang lebih mengujakan dan lebih sukses. Lama benar saya tidak mencoret di blog ini. Bukan apa, coretan duka 2011 rasanya masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya lagi. Untuk rakan-rakan kaum Cina saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina (naga air)...semoga tahun ini bertambah-tambah keuntungan yang akan diperoleh.
Buat adik bongsu tersayang, tahniah di atas pencapaian cemerlang dalam UPSR tahun lepas dan selamat menempuh pengajian peringkat menengah di MRSM.
Insya Allah, tahun ini akan saya cuba kongsikan coretan-coretan terbaik untuk perkongsian kita bersama.
Buat permulaan, saya kongsikan bidalan yang diucapkan oleh big boss semasa mesyuarat, "...kalau buat sesuatu biarlah jelas dan ada kata putus jika melibatkan keputusan jangan pula jadi gantung tak bertali, salai tidak berapi..."