Teman nutrisi saya. Melengkapkan pemakanan harian yang serba-serbi kurang akibat proses-proses berkaitan.
Dakapan Mama: Teman Nutrisi Mama: DM ingin berkongsi supplemen yang menjadi teman nutrisi harian DM. Dari kanan: Carotomax (vitamin A), Vita-E complex, Alfalfa complex, ...
Saya tertarikh dengan artikel Harian Metro pada hari ini berkaitan dengan faedah epal... Ringkasan artikel boleh dibaca melalui link berikut:
http://dakapanmama.blogspot.com/
dan artikel penuh di
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Seratikatlemak/Article/index_html
credit to Google Image
An apple a day keeps the doctor away!
Gambar-gambar semasa pergi CH...
Masa ni kami pergi bertiga aja...escapade untuk DikDa yang tensen semasa preparation UPSR. Sekarang dia kat MRSM...
Salam semua. Kembali mengarang catatan yang lama ditinggalkan. Saban hari asyik membuka FB sampai terlupa blog ini. Selain itu, kesibukan melayan keletah anakanda tersayang membuatkan masa lebih terisi.
Gambar ini diambil semasa mengunjungi salah satu ekspo buku di Putrajaya. Mencuri sedikit masa untuk buat catatan blog, kali ini saya ingin menyentuh soal membaca.
Hakikatnya rakyat Malaysia sebenarnya rajin membaca. Buktinya, keuntungan berganda pengusaha buku di pesta-pesta buku dan bestseller buku-buku di kedai buku seperti Popular dan MPH. Selain itu, pertambahan langgan e-book juga membuktikan masyarakat Malaysia semakin berpelajaran dan semakin minat membaca.
Sebagai ibu bapa, mendedahkan anak-anak dengan buku sebenarnya satu langkah yang baik. Pengetahuan mengenai rangsangan anak sejak kecil perlu ditimba sama ada melalui buku atau alam siber.
Nampaknya setakat ini coretan saya pada hari ini. Saja mengalih perhatian untuk penumpuan penuh kepada rutin harian.
Selamat tahun baru 2012 buat semua. Semoga tahun ini menjanjikan harapan baru yang lebih mengujakan dan lebih sukses. Lama benar saya tidak mencoret di blog ini. Bukan apa, coretan duka 2011 rasanya masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya lagi. Untuk rakan-rakan kaum Cina saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina (naga air)...semoga tahun ini bertambah-tambah keuntungan yang akan diperoleh.
Buat adik bongsu tersayang, tahniah di atas pencapaian cemerlang dalam UPSR tahun lepas dan selamat menempuh pengajian peringkat menengah di MRSM.
Insya Allah, tahun ini akan saya cuba kongsikan coretan-coretan terbaik untuk perkongsian kita bersama.
Buat permulaan, saya kongsikan bidalan yang diucapkan oleh big boss semasa mesyuarat, "...kalau buat sesuatu biarlah jelas dan ada kata putus jika melibatkan keputusan jangan pula jadi gantung tak bertali, salai tidak berapi..."