Manja Malinja
Assalamualaikum, semua...

Hari ini genap tiga (3) hari aku masih "bertapa" di perpustakaan. Mungkin pada sesetengah orang keadaan ini amat membosankan tetapi bagi aku pengalaman ini amat menyeronokkan apatah lagi permulaan aku di jabatan baru ini bermula di "gedung ilmu".

Kredit to web INTAN...inilah gedung ilmu tempat aku memulakan hari di sini sebelum dapat penempatan.

Tajuk hari ini Hujan...Hujan... ada kait mengait dengan Noh Hujan ke?

Langsung tidak, ye... Tajuk ini aku pilih untuk menceritakan sesuatu mengenai semalam. Rutin aku dalam seminggu ni selepas touch out kehadiran, aku kembali ke asrama transit untuk berehat dan solat sebelum pulang. Ya, orang baru akan dapat kemudahan asrama selama dua (2) minggu sebelum dapat rumah sewa katanya...Ahamdulillah.

Dalam beberapa minit, hujan pun turun dengan lebatnya. Dengan keazaman untuk melihat anak dan suami tercinta, aku meredah hujan untuk pulang ke Tanjung Malim sejauh 86 km. Namun, sedia kita maklum kesesakan jalan sehingga ke Sg Buloh membuatkan aku tiba di rumah hampir jam 8 malam.
Gambar hiasan...tercepat sejam tu... sebenarnya dekat-dekat jam 8 malam tau...
Dalam perjalanan ini sebenarnya aku melihat manusia dari perspektif aku...

1. Jenis selfish...cilok merata, tak mahu beratur...geram pun ada...semoga Allah beri hidayah kepada mereka untuk berkelakuan lebih baik

2. Jenis yang kurang bernasib baik...kasihan melihat bro delivery pizza/makanan segera yang dengan gigih meneruskan perjalanan walau ditimpa sebaldi hujan... semoga Allah memberi kemudahan kepada dia untuk meneruskan hidup mencari rezeki yang halal.

3. Jenis yang bernasib baik sedikit... diaorang ni menaiki motorsikal untuk pergi dan balik kerja... diorang ada yang kurang kemampuan untuk menaiki kereta sama ada tak mampu nak beli atau tak mampu menampung kos bahan api dan tol... semoga Allah berikan rezeki lebih buat mereka untuk selesa sedikit dalam kehidupan...

4. Jenis biasa-biasa...kategori ini termasuk aku le... meredah jalan raya dengan redha demi rezeki yang Halal, Insya Allah... jalan lancar Alhamdulillah, jalan jem redha ajala...mungkin ada hikmah di sebalik cubaan...

Gambar hiasan...melihat daun hijau, aliran air dan bunga yang cantik merupakan terapi mata dan minda yang bagus...
Kehidupan berjalan seperti biasa tetapi cara kita hidup, cara kita melihat, cara kita mentafsir kehidupan itulah yang membezakan kita dengan insan lain. Semoga kita bersama menjadi insan yang lebih baik seiring dengan pertambahan usia kita.

Sebarkan kasih sayang,

Manja Malinja
Bukit Kiara, Kuala Lumpur
0 Responses