Manja Malinja


Salam semua. Kembali mengarang catatan yang lama ditinggalkan. Saban hari asyik membuka FB sampai terlupa blog ini. Selain itu, kesibukan melayan keletah anakanda tersayang membuatkan masa lebih terisi.

Gambar ini diambil semasa mengunjungi salah satu ekspo buku di Putrajaya. Mencuri sedikit masa untuk buat catatan blog, kali ini saya ingin menyentuh soal membaca.

Hakikatnya rakyat Malaysia sebenarnya rajin membaca. Buktinya, keuntungan berganda pengusaha buku di pesta-pesta buku dan bestseller buku-buku di kedai buku seperti Popular dan MPH. Selain itu, pertambahan langgan e-book juga membuktikan masyarakat Malaysia semakin berpelajaran dan semakin minat membaca.

Sebagai ibu bapa, mendedahkan anak-anak dengan buku sebenarnya satu langkah yang baik. Pengetahuan mengenai rangsangan anak sejak kecil perlu ditimba sama ada melalui buku atau alam siber.

Nampaknya setakat ini coretan saya pada hari ini. Saja mengalih perhatian untuk penumpuan penuh kepada rutin harian.
0 Responses