Manja Malinja
Assalamualaikum, semua... Ampun maaf dimohon kerana sudah terlalu lama meninggalkan teratak ini. Kesibukan dengan kerjaya dan anakanda puteri yang memerlukan perhatian penuh membuatkan Manja tidak    berkesempatan untuk menulis. Apa-apa pun kali ini Manja ingin menulis mengenai filem yang amat Manja gemari. 100 kali tonton pun tak bosan....


Mungkin ada yang telah mengulas filem ini seperti http://www.amyikram.com/2013/02/yang-tersurat-dan-tersirat-di-dalam.html dan sinopsis di wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Man_Laksa. Namun begitu, Manja ingin mengupas dari perspektif lain.

1. Selalunya Setiausaha JKKK ni diam dan mengambil catatan sahaja. Namun begitu, pada malam temasya ini Pakcik S/U kita ni benar-benar menjadikan platform pengacara untuk seolah-olah "berceramah" yang kadangkala merapu-rapu... beginilah sesetengah pemimpin yang selalu meleret-leret dalam mesyuarat dalam menangani sesuatu isu.

2. Penganjuran majlis Temasya berkenaan tidak dijalankan dengan sempurna di mana budaya kerja di saat-saat akhir dapat dilihat dengan jelas. Perancangan juga tidak dibuat dengan teratur di mana tentatif program tidak ditulis, hanya mengharap aturan "ketua belia" yang pengsan ketika itu. Persiapan pentas juga turut berjalan bersama-sama dengan program.

3. Perasankah anda mengenai watak DO dalam filem ini? Memang nampak seolah-olah tidur dan hanya bangun apabila kemuncak acara Temasya iaitu pertandingan Ratu Kebaya. Manja merasakan ini merupakan sindiran kepada penjawat awam yang tidak menjalankan tugas atau "tidur".

4. Adegan golongan tua yang mengutuk-ngutuk penganjuran temasya tetapi kemudiannya tergamam melihat anak mereka menari di atas pentas dengan pakaian menjolok mata memperlihatkan keadaan masyarakat kita yang senantiasa nampak kesalahan orang lain walau sekecil zarah tetapi tidak mampu mengekang kelemahan diri dan keluarga yang sebesar dinosaur.

Demikian sedikit ulasan tersirat dari pandangan Manja. Semoga kita sentiasa mengambil pengajaran atas apa yang berlaku di sekeliling kita.


Ads:
1.Dapatkan Supplemen Shaklee dengan khidmat nasihat percuma dari saya. Hubungi 013-2281535 dengan segera atau PM saya di https://www.facebook.com/pages/Dakapan-Mama/104150919740337?ref=hl#
2. Dapatkan Produk Sophie Beauty Solution dari saya dengan harga istimewa. COD Tanjung Malim dan kawasan sekitar. Hubungi 013-2281535 atau PM https://www.facebook.com/anggunmama?ref=hl.