Manja Malinja


Bulan Ramadhan hampir menjelma. Rata-rata membuat jamuan menyambut Ramadhan. Juadah-juadah di atas adalah kuih-muih yang lazimnya dihidangkan dalam jamuan menyambut Ramadhan atau juadah biasa yang dijual di bazar-bazar Ramadhan. Pengurangan subsidi tentunya memberi kesan kepada kos pembuatan kuih-muih ini. Tunggu dan lihat sahaja harga makanan di bazar Ramadhan tahun ini...
Label: 0 ulasan | edit post
Manja Malinja

Catatan kali ini sebenarnya imbas kembali kembara selepas mesyuarat SKT di Melaka tahun 2008. Gambar di atas adalah memorial kemerdekaan.

Gambar yang ini pula muzium kebudayaan Melaka. Dikatakan merupakan reka bentuk istana Sultan Melaka pada suatu ketika dahulu. Gambar di bawah ini pula merupakan tinggalan Portugis iaitu gerbang A Famosa.

Gambar di bawah ni merupakan model kereta lembu yang menjadi ikon Melaka selain daripada beca. Sayangnya masa tidak mencukupi untuk menaiki beca sebab selepas ni nak merayap ke tempat orang jual belacan + cecaluk... Bukan apa nak beli untuk famili dan staf-staf tersayang.


Last sekali gambar pokok Melaka yang mengilhamkan nama Melaka kepada negeri yang permai ini. Sebenarnya banyak lagi gambar semasa kembara kali ini namun ulasannya masih belum terfikir hingga ke saat ini.

Selamat menikmati gambar-gambar yang dipaparkan.
Label: 0 ulasan | edit post
Manja Malinja



Atas permintaan semua, gambar makanan saya uploadkan lagi. Semua ni juadah raya rumah keluarga saya. Masa ni raya last kat kuaters di Besout... sungguh nostalgik... Enjoy...
Label: 2 ulasan | edit post
Manja Malinja














Rasanya lama saya tak update pasal makanan jadi malam ni saya berkongsi dengan anda semua menu makan malam saya... nasi putih lauk kari kerang ulam daun selasih sambal tomato. Sangat menyelerakan... menu ni sebenarnya sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kekurangan darah. Bon apetite....
Label: 0 ulasan | edit post
Manja Malinja
Lima bulan berlalu... Kebun mini saya akhirnya membuahkan hasil... Kunyit, pandan dan daun kari akhirnya dapat dituai hasilnya... Berbudi kepada tanah banyak memberi manfaat.

Tanam sendiri "edible plant" terjamin kesegaran dan terjamin tiada racun perosak... Namun begitu, nampaknya tanaman cili dan kesum agak kurang berjaya. Insya Allah, cara lain akan dicuba untuk menanam kedua-dua tanaman tersebut.

Sekian catatan untuk hari ini.
Manja Malinja
Anak-anak adalah aset terpenting bagi satu-satu bangsa. Tanpa anak-anak berkualiti maka sukar hendak melakukan transformasi kepada bangsa tersebut. Sehubungan itu, adalah penting untuk seluruh ahli masyarakat memikul tanggung jawab mendidik anak tanpa menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab berkenaan kepada guru dan pihak sekolah. Jika difikirkan secara logik, masa anak-anak di sekolah hanya lebih kurang 5 hingga 6 jam sahaja berbanding baki waktu yang tinggal di luar sekolah. Justeru, bermula dari ibu dan bapa sehingga ke ahli masyarakat seharusnya memantau perlakuan anak-anak ini agar tidak menyimpang dari tatacara sahsiah sebenar. Gambar di sebelah ini adalah taman yang digubah oleh anak-anak yang masih di bangku sekolah. Adakah taman secantik ini mampu dihasilkan andai anak-anak kita tidak bijaksana... Fikir-fikirkan...
Manja Malinja
Kehidupan ibarat warna-warni bunga... Ada yang warna menyerlah dan ada yang kusam, ada yang baru berputik dan ada yang sudah di ambang senja... Kehidupan yang singkat juga sangat sinonim dengan kegemilangan bunga yang singkat.

Perkara yang paling penting adalah sumbangan kita kepada dunia seperti peranan bunga menghasilkan buah yang mengenyangkan hidupan lain, haruman yang menenangkan dan menjadi inspirasi dan kecantikan yang menjadi pengikat kasih dua makhluk... bunga sendiri sekiranya bersatu akan menghasilkan jambangan yang indah dan menjadi hiasan yang ekslusif

Setakat ini sahaja dahulu coretan sukma yang berinspirasikan bunga dari Floria...
Manja Malinja

Hari ni aku harapkan suatu perkara yang positif seperti hari-hari sebelum. Alhamdulillah, hari-hari aku kini lebih tenang, gembira dan terisi. Aku pun dah jarang sangat update blog walaupun banyak juga aktiviti aku sejak akhir-akhir ni. Insya Allah, aku akan update selepas ni.

Ok, aku nak sambung kerja balik...jumpa selepas ini.