Salam...rilek jap, ok. Hari ni sebenarnya aku tensen yang melampau sampai dah tahap luar kawal. Apa dan bagaimana, biarlah rahsia...
Jadi, hari ni aku nak bercerita pasal.... makan.
Gambar kat sebelah ni aku snap masa jamuan boss aku belanja. Dah hobi aku tangkap gambaq makanan...
Ikan bakar ni jadi satu menu wajib bagi penggemar ikan. Ikan bakar ni menu yang terkenal di Umbai, Melaka. Selain itu, sepanjang hidup aku, ikan bakar yang sedap juga ada kat Tanjung Dawai. Masa zaman aku sekolah menengah dulu, abah selalu gak bawa kami sekeluarga makan kat Tanjung Dawai. Ikan bakar ni boleh dicicah dengan ayaq asam, sambal kicap atau yang paling sempoi cicah dengan sos cili aja.
Ikan yang paling sedap dibakar adalah ikan cencaru, ikan kembong dan ikan pari...
Menjilat jari beb...Jom Makan...
Aku sebenornye tak tau nak tulis apa lagi. Belek-belek gambar kat dalam lappy ni, akhirnya aku jumpa gambar masjid ni.
Pemandangan ketika ini memang indah dan menawan namun sebenarnya waktu yang dicatatkan adalah ketika hampir senja.
Demikianlah usia manusia...usia yang menghampiri tua adalah masa untuk menikmati jerit perih yang diusahakan ketika muda. Andai kita beringat dan merancang masa depan dengan sebaiknya maka bahagialah usia tua kita. Usaha kita tidaklah terhad kepada duniawi bahkan kita perlu bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah ketika muda dan bertenaga.
Demikian peringatan dan renungan yang aku boleh sampaikan hari ini...
Inilah mini kebun aku. Kalau ikut hati nak tanam banyak jenis rempah dan herba tapi setakat ni tanam yang asas-asas aja.
Pokok ikut pusingan jam dari kanan atas iaitu kunyit, selasih, karipole, cabai, pandan dan serai.
Setakat ni cabai , pandan dan selasih memang dah boleh diguna. Alhamdulillah...sekurang-kurangnya aku dah boleh jimat belanja. Tu je kot yang aku terfikir nak tulis hari ni.
Terima kasih.
Selamat datang bagi yang sudi berkunjung dan salam perkenalan dari saya, Manja Malinja yang baru mengenali dunia blog.
Gambar ni saya ambil ketika bosan... Sebenarnya ni gambar jambatan di hadapan PICC. Terasa seperti di luar negara....