Manja Malinja


Sekali lagi aku berkongsi gambar-gambar makanan yang menjadi juadah aku sepanjang hidup ini... Selamat menikmati gambar yang dipaparkan...
Manja Malinja
Salah satu prosedur yang penting untuk bakal-bakal pengantin adalah saringan HIV. Apakah HIV? Sejauh mana saringan ini penting untuk memelihara kemaslahatan ummah?

Menurut Wikipedia, HIV adalah virus yang menyebabkan penyakit AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit). HIV adalah lentivirus yang tergolong dalam kumpulan retrovirus (bukan muzik retro, ye).

Virus HIV (sumber : http://www.kenyon.edu/biology.xml)






Virus HIV bertindak memusnahkan sel darah putih yang merupakan salah satu sel penting untuk pertahanan badan. Apabila sistem pertahanan badan telah musnah maka tanda-tanda seperti berikut akan timbul iaitu:
  • Terlalu lemah dan lesu;
  • Penurunan berat badan yang mendadak;
  • Demam panas yang kerap;
  • Peluh malam;
  • Kelenjar limfa membengkak;
  • Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa;
  • Cirit-birit yang kronik;
  • Batuk kronik;
  • Hilang ingatan; dan
  • Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat.
HIV/AIDS boleh disebarkan melalui 4 cara iaitu perhubungan seks bebas termasuk homoseksual tanpa perlindungan, penerimaan darah yang tercemar, perkongsian jarum suntikan terutama di kalangan penagih dadah dan angkita dari ibu ke anak semasa mengandung atau kelahiran atau penyusuan.

Walau bagaimanapun, AIDS/HIV tidak menjangkit melalui ciuman atau berpeluk, pergaulan harian di tempat awam seperti di sekolah atau tempat kerja,makan di restoran atau membeli-belah di pasaraya, berenang di kolam renang awam atau gigitan nyamuk atau serangga lain.

Hidup dengan sihat dan bermoral. Peraturan diwujudkan untuk melindungi...

Sumber utama: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sindrom_Kurang_Daya_Tahan_Melawan_Penyakit